Wednesday, August 27, 2014

MOMAPIXEL BY MAROS AZWAN (WEDDING PHOTOGRAPHER)

 
 
My Official Wedding Photographer
 

 

Memperkenalkan... my official photographer,
Photographer ni saya pernah cerita sebelum ni, dia kawan kepada incik tunang saya.
Rasa sangat bertuah dpt jadikan dia our OP,
dah lah gambar-gambar dia semuanya cantik-cantik,
then kawan kepada incik tunang, incik tunang saya tu dah lah pemalu dan kaku bergambar,
so dengan adanya sahabat dia ni, diharapnya dapat mengubat rasa kaku dia.
 
 
 
Maros azwan ni mmg best !
Saya dari dulu suka hasil kerja dia, incik tunang pun asyik2 puji hasil kerja maros.
Maros bagus lah. Maros kreatif lah. Before plan nk khwin actually saya dah aim
"maros akan jadi my oficial wedding photographer !!"
 
Sekarang maroz azwan ada buat videography juga tau.
So masa nak minta maros jadi our OP tu rasa seram2 juga lah takut kecewa,
manatahu hati dia dah teralih terus ke videography. Rupanya dia still buat gambar lagi.
 
Uols boleh lah review hasil kerja maroz azwan ni ye :)
  Official Page : Momapixel
Facebook : Maros Azwan 
 
 
 
 
 
Tak sabar nak bkerjasama dengan maros azwan !
 
 
 
 

Tuesday, August 26, 2014

POSE PENGANTIN

 
Salam,
saya memiliki pasangan yang malu untuk bergambar,
selalu kaku bgambar, konon2 shy2 dan sgt tk confident bile bgambar.
manakala saya pula, gila bergambar.
untuk memastikan hasil gambar kahwin saya nnti sempurna,
saya mengambil 2 iniseatif.
 
iaitu :
1) Photographer perkahwinan kami adalah sahabat dia
2) saya kena rajin cari pose2 menarik supaya dia blh
ikut rentak saya.
 
 






 
 
kredit gambar : ministry of moment Johor
 
 


Sunday, August 24, 2014

CHECKLIST SETAHUN SEBELUM MAJLIS

Saya ada 8 bulan lagi , menjelang perkahwinan.
Aim saya :
 
 
1) SEPTEMBER : SETTLE BAYAR PHOTOGRAPHER
2) OKTOBER : SETTLE BAYAR BRIDAL
 
setelah settle 2 perkara penting dn kos tertinggi ni,
 
 
3) NOVEMBER :
SETTLE KAN CADAR BILIK PENGANTIN / CAT BILIK PENGANTIN  / SETTLEKAN BAJU NIKAH LAKI PEREMPUAN / SAMPIN DAN VEIL / KASUT PENGANTIN / SETTLE KAN ROADTAX KERETA
 
4) DISEMBER :
SETTLE KAN BARANGAN FOR VIP (300 BARANGAN) / GOODIE BAG FOR VIP (300HELAI) / BUNGA TELUR 200KUNTUM / 1200 BEKAS KOTAK TELUR  / GOODIE BAG UTK NON VIP (700 BEG) / BOX FOR COOKIES
 
5)JANUARI :
SETTLE KURSUS KAHWIN / SETTLE PROSUDER NIKAH / SETTLE KAD KAHWIN / KETEPIKAN DUIT UTK SCALLOP KANOPI
 
6) FEBUARI (DAPAT DUIT HANTARAN) :
SHOPPING SAMA2 DENGAN PASANGAN CARI BARANG2 HANTARAN DIA :)
 
7) MAC :
BELI MAKANAN RINGAN UNTUK GOODIE BAG + MINERAL WATER ( 1000 UNIT)
 
8) APRIL :
SETTLE KAN BAB PACKING MEMPACKING :)
 
 
SETTLE------------

SO INGAT WAHAI BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN,
SILA BUAT CHECKLIST.
TAK ADA DUIT MACAMMNA SEKALIPUN, INGAT !
  DAPAT GAJI JE, BUY SOMETHING. BARU LAH TAK TERBEBAN.
 
 
SENARAI CHECKLIST :
 
 
1) PHOTOGRAPHER : RM 2 500.00
2) BRIDAL : RM 3 000.00
3 ) KAD KAHWIN (1000KEPING) : RM 450.00
4) STICKER GOODIE BAG :
5) GOODIE BAG VVIP (300KEPING) :
6) GOODIE BAG NON VIP (700 KEPING) :
7) KURSUS KAHWIN :
8) BOX / PLASTIK COOKIES VIP (300'S) :
9) CENDERAHATI FOR VIP :
10) BUNGA TELUR (PELAMIN) 200'S :
11) KOTAK TELUR TETAMU 700'S :
12 ) TELUR 1500 BIJI :
13) BAJU NIKAH PEREMPUAN :
14) BAJU NIKAH LELAKI :
15) SAMPIN LELAKI :
16) KASUT PENGANTIN LELAKI :
17) KASUTPENGANTIN PEREMPUAN :
18) BAJU KHATAM QURAN (SIMPLE) :
19) INAI HENNA :
20) SCALLOP KANOPI :
21) BANTAL BILIK PENGANTIN :
22) CAT BILIK PENGANTIN :
23) CADAR BILIK PENGANTIN :
24) BAYARAN SEW RUMAH BERTNDANG :
25) AIR KOTAK GOODIE BAG 1000KOTAK :
26) MAKANAN RINGAN GOODIE BAG 1000UNIT :
27) BARANG-BARANG HANTARAN (9 DULANG) :
-
-
-
-
-
-
-
-
-
28) BUNGA GUBAHAN HANTARAN :
29) KEK KAHWIN :
30) PHOTO PROPS :
31) VEIL NIKAH :
32) SHAWL NIKAH :
33) SPARE EMERGENCY :
Diatas adalah senarai wajib keluar dari poket pengantin wanita,Fuhhhh, bukan nak menakutkan kalian, tapi itu lah hakikatnya.THATS Y LAH, saya nasihtkan, buat persediaan perkahwinan setahun sebelum majlis ! Dikhuatiri anda akan menghidapi penyakit darah tinggi / semput dan lemah jantung kerana membuat persiapan last minute. Hehe

Tuesday, August 19, 2014

SENARAI BUTIK ANDAMAN PENGANTIN SEKITAR MUAR / TANGKAK / BUKIT GAMBIR DAN PAGOH

Saya masih belum membuat pilihan, apa butik andaman pengantin mana yang menjadi pilihan hati. Kebanyakkaan pilihan mempunyai dilema yang hampir serupa iaitu :
 
1) pelamin cantik -- baju tak cantik
2) baju cantik -- makeup tak cantik
3) makeup cantik -- baju + pelamin tak cantik
4) baju + pelamin cantik -- baju tak cantik
 
 
Oleh disebabkan permasalhan tk mmenuhi syrt khendak pd setiap butik,
Pemantaun yng terperinci sentiasa saya lakukan,
Bila ada member kahwin je, terus saya usha makeup dn pelamin mereka.
Nampak sangat kepochi kan ? Haha
 
 
senarai butik andaman sekitar johor :
 
1) Andaman aufini
2) Andaman  pengntin remaj (bukit gambir)
3) Eyzmiea andaman (bukit gambir)
4) Andaman kesuma (muar)
5) Andaman Sri Ayu (bukit pasir)
6) Suziela andaman (muar)
7) Andaman z'itis (muar)
8) Saiful andaman (muar)
9) Honey andaman (muar)
10) Christina andaman (tangkak)
11) Manja andaman (muar)
12) Eta andaman (muar)
13) ILham pesona kreatif (pagoh)
14) Butik lenny ronny (bukit gambir)
15) Salina bridal (muar)
16) Butik Aziesha wedding (serom)
17) Remy muar (muar)
18) Tasha andman (pagoh)
 
 
 
So, lets stalker fb dieorang k :)
 
 
 

CINCIN KAHWIN LELAKI DAN PEREMPUAN

 
 
Sesungguhnya saya sangat lega kerana dah lama settle part cincin kahwin,
Kami dah settle kan last year.
Rasa sangat happy dan tiada beban mahupun stress.
 
Ye ketahuilah harga emas sangat mahal.

  Untuk tunang incik lalan memilih emas kuning,
Untuk nikah kami saling bertukar diamond.
Gambar diatas salah satunya cincin kami,
Tapi yang mana satu ?
Tunggu tarikh official ye.
 
 
Ada yg kata, habib tipu pelanggan ?
Incik lalan kata :
"Tu lah orang melayu, tuduh sama melayu,
Habib tu owner melayu pekerja pun mlayu,
Susah nak cri pekerja melayu dikedai emas.
Poh kong ? Wah chan ? Tomey ? Semua cina.
Pekerja mereka pun cina, kecuali pak guard br melayu,
Apa salahnya kita org mlyu tlg melayu,
Kalau habib menipu, dh lama dia lingkup.
Jangan dgr khbr angin, entah2 mereka sengaja nk jtuhkn melayu"
 
 
 
 
-incik lalan part menyokog bumiputera dia mmg hebat.
Kalau shopping barangan non bumiputera dia mmg byk bunyi.
 
 
Aha, bila beli cincin habib, free ukir2 nama pada cincin tu :)
 
 
 
 

Monday, August 18, 2014

IDEA BAJU NIKAH

 
 
 
Sebenarnya saya blur dan confius,
Ada kah perlu menyewa baju nikah ?
Adakah perlu membeli baju nikah ready made ?
Adakah perlu membuat baju nikah dn htr ke tailor ?

 
Kalau sewa pun paling mahal RM500 ke 1K,
Kalau beli siap memang berpatutan tetapi dikhuatiri,
Baju yang dipakai sama dengan tetamu. Haha


Kalau nak custom made kat tailor,
Haih saya niiiii, tak pakar bab material baju,
Kalau sales girl tu tipu pun bukannya tahu,
Lepastu tak tahu nak buat jenis baju nikah macammna
Zaman sekarang,
Kat pasaran terlalu bersepah dengan lambakkan
Baju seperti baju pengantin.
So sekarang saya confius,


So sekarang saya rasa nk sewa je, senang,
Dah siap, tak pyah pikir2.

 
So sekarang incik lalan tak setuju,
Incik lalan kata
"Tak pa, saya tahu cari material kain utk wedding,
Awak ikut je saya" ---- ceh mamat ni. Haha
Ye dia mmg tahu,
Tp bb minat kami kontra,
Terutama pemilihan busana,
Almaklumlah, faktor umur. Huhu.

 
Kalau uols th mjahit ke,
Blh tlg saya utk bju nikah saya ni,
Atau share keserabutan persiapan,

 
Feel free to email me :
Fatinfashiekin@yahoo.com
 
 

TENTANG SAYA

Assalamualaikum.

hai, panggil saya ekin. saya seorang yang sangat banyak cakap, cepat panik, sopan santun dan sentiasa gelak 24jam sehari.

sebenarnya saya ada 2 blog, blog pertama fatinovela.blogspot.com.
kenapa saya create blog ini ? sebab saya nak share segala persiapan perkahwinan tanpa "stalker" *macam popular sangat ! * pang ! haha

saya sudah bertunang pada 31mei 2014 yang lepas dan akan mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan. oleh itu saya akan share segala detail mengenai persiapan perkahwinan saya disini !

saya create this blog juga bertujuan untuk dijadikan rujukan kepada BRIDE TO BE DI MASA HADAPAN. supaya uols tak terpingga pingga untuk membuat persiapan. semoga saya dapat memudahkan dan memberi idea terperinci pada B2B sekalian :)


kalau awak nak share apa2, tersuka ke, nak bertanya ke,
ada item nak bagi kat saya ke. feel free to email me :
fatinfashiekin@yahoo.com