Thursday, March 5, 2015

TEMA WARNA UNTUK BRIDESMAID / DULANG GIRL

Bukan mudah untuk menentukan warna yang ceria, tetapi tidak lari dari tema majlis. Dress pengantin saya bewarna "champange"


First warna yang saya fikirkan untuk my bridesmaid adalah "dark choclate".. TETAPI setelah difikirkan, diperbincangkan dan di bahaskan, kesian my bridesmaid kalau dapat dark choclate, bertambah dark lah mereka :)


then saya terfikirkan "yellow",
Warna mukatamad yang saya pilih ini,
Dan kemudia saya blur lagi. Tak kan nak suruh mereka pakai totally yellow?? Hello, dah macam iklan digi tau. Hehe. 


Saya terfikirkan untuk combine yellow dan putih. Contohnya, tudung dan kain yellow.. baju putih.. tapi memikirkan kos, saya menolak cadangan berkenaan. Almaklumlah, baju adalah sendirian berhad, tiada disponser ye, so kena lah jangan banyak songeh dan permudahkan urusan. 


At last,
Saya fikir punya fikir punya fikir,
Dan saya tertanya, apa warna kegemaran saya? Dan ianya ada 2 warna iaitu grey. Setelah imiganisasi dilakukan, yes, jawapannya baju kain yellow + tudung grey :)

Dan saya sangat gembira bila saya search hashtag #yellowgrey banyak idea menarik yang ada dan warna ini sangat memukau! 

:)


Love,
Fatinfashiekin@yahoo.com

No comments:

Post a Comment